Biodata Cikgu

Bismillahirrahmanirrahim~

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)

Gambar bersama keluarga 
Assalamualaikum w.b.t.
Nama diberi Nor Izaty Hanani binti Mohd Tahir. Cahaya mata sulung Mohd Tahir bin Yaakob dan Marizan binti Mohd Nawi. Mempunyai 4 orang adik beradik. Berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Seorang bakal guru dari IPG Kampus Pendidikan Teknik dan mengikuti kursus Pemulihan Bahasa Melayu/Bahasa Melayu/Matematik. Alhamdulillah, pujian tidak terhingga kepada Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat membina blog ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada ummi dan papa yang banyak memberi dorongan kepada anakmu yang kadang kala mudah untuk berputus asa. Terima kasih juga kepada adik-adik tersayang yang rela menghiburkan hati kakaknya. Tidak lupa kepada pensyarah EDU 3109, Puan Shamsiah binti Md Nasir yang banyak memberi tunjuk ajar dan juga rakan-rakan sekelas yang sudi mendengar dan memberi idea kepada saya. Allahuakbar!


No comments:

Post a Comment