Bahan Bantu Mengajar ^_^
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Contoh Bahan Bantu Mengajar.... =)
|
Bunga Ajaib digunakan untuk mengajar perkataan KVKVK |
Bulat Ceria digunakan untuk mengajar perkataan KVKV |
Koleksi Buku Cerita |
Kad Surih digunakan untuk murid yang belum mengenal huruf |
Murid perlu meletakkan gambar yang sepadan di atas perkataan KVKV |
Kad Bacaan murid |
Payung Ajaib digunakan untuk membantu murid membaca ayat pendek |
Murid belajar untuk menyusun ayat |
Contoh Koleksi BBM yang lain.... =)
Mari Belajar KVKV
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Hai, adik-adik... sudah makan ke belum? Jangan lupa makan ye.. Nanti perut masuk angin... Kalau belum makan, sila makan dulu ye... Baru boleh belajar..
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKV.. Nak tahu KVKV tu apa? Jom kita tengok sama-sama.. ^_^
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKV.. Nak tahu KVKV tu apa? Jom kita tengok sama-sama.. ^_^
Mari Belajar KVKVKV
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Adik-adik buat apa tu? Mari kita belajar dulu ye... =)
Mari Membaca KVKKVK
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Adik-adik apa khabar hari ini? Semoga sihat selalu ye... Jangan lupa doakan untuk ibu dan ayah ye..
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKKVK... =)
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKKVK... =)
Mari Mendengar dan Mengeja KVKV
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKV...
Jom..jom.. =)
Hari ini kita akan belajar perkataan KVKV...
Jom..jom.. =)
Mari Mengeja KVKKVK
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.Mari adik-adik...
Kita belajar dulu ye... ^_^
Jom Teka Diftong
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha penyayang. (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.Mari, mari, mari...
Kita main teka-teki..
=)
Mesti seronok tau~ =)
Murid Pemulihan Khas
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah
yang maha Pemurah lagi maha penyayang... (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Bersama murid pemulihan di SK Setiawangsa |
Kanak-kanak Pemulihan Khas
Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada
mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding
murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.
Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi
mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan
merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di
sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu
murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Masalah-masalah Murid Pemulihan
Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan
biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi
masalah pembelajaran. Antaranya ialah :
·
Mereka yang mempunyai kelemahan
dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang
abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk
membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam
kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan
penguasaan kosa kata.
·
Pertuturan yang mempunyai kelemahan
dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran
dan pertuturan.
·
Lemah dalam penerimaan konsep-konsep
yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas
serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
·
Kurang keyakinan diri kerana
dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas
kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
·
Gagal dalam ujian atau peperiksaan
dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat
awal lagi.
·
Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam
masa yang terhad.
·
Darjah kecerdasan yang rendah
apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang
gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala
mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka
memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf
pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan
bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.
Konsep Pendidikan Pemulihan Khas
Bismillahirrahmanirrahim~
Dengan nama Allah
yang maha Pemurah lagi maha penyayang... (^_^)
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini kita akan kongsi tentang Program Pemulihan Khas. Moga semua mendapat manfaat khususnya ibu bapa dan guru- guru yang mungkin ingin tahu dengan lebih lanjut berkaitan Program Pemulihan Khas.
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini kita akan kongsi tentang Program Pemulihan Khas. Moga semua mendapat manfaat khususnya ibu bapa dan guru- guru yang mungkin ingin tahu dengan lebih lanjut berkaitan Program Pemulihan Khas.
Program
Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang
daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial
education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada
kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran
dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada
pendidikan atau pengajaran biasa.
Guru yang
mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan.
Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang
dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
Pendidikan
Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Definisi Pendidikan
Pemulihan
Berbagai-bagai
pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai
takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih
khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi,
antaranya ialah :
i)
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
‘ Satu tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’
ii)
Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
‘ Perkhidmatan
khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi
masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ .
iii)
Pringle (1966)
‘ Pengajaran
yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur
dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan
belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan
mereka’.
iv)
Albertwhite (1977)
‘ Pengajaran
pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang
bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi’.
v)
Tansley (1967)
‘Pengajaran
pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang
benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan
dijalankan secara tersusun’.
vi)
Collins (1961)
‘Pengajaran
pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas.
Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang
istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca,menulis dan mengira’.
vii)
Evans (1995)
‘ Pengajaran
pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan
sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid’.
viii)
Blair (1956)
‘ Pengajaran
pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan
amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat’.
ix)
Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP
(BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
‘Pengajaran
pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan
kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru
pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.
x) Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
‘ Dalam konteks
KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik
sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan’.
xi)
Koh (1979)
‘Pengajaran
pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan
kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk
meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid
normal ‘.
xii)
Chua (1977)
‘Pendidikan
pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang
lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan
muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan
menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang
melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan
teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri
daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan
pihak-pihak lain yang berkaitan’.
Kesimpulan
Definisi
Secara
kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan
untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka
tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring
dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
2.2 Tujuan
Pengajaran Pemulihan
Berdasarkan Buku
Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian
Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran
dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif
dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan
diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Menurut Koh
(1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi
kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa
menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan
sebagainya.
Menurut Blair
(1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:
a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang
tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan
kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat,
kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi seharusnya sudah
dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk
meningkatkan kecekapan murid.
Maka, pengajaran
pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat
tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang
belum ada pada murid itu.
Dengan ini,
pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan
guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran
yang harus digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya
berbagai-bagaicara bekerja, teknik dan alat pelaksanaannya.
Tujuan-tujuan
pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan
pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik
supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.
c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan
kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap
kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak
menjadi satu kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan
guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru
biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan
pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak-kanak.
Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk
membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah
rendah, terutamanya dalam masalah bahasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)